Friday 10 May 2013

Pakatan Nation at Kelana Jaya Stadium!


PETALING JAYA, 8 Mei — Lebih 50,000 orang kebanyakkannya berpakaian hitam berhimpun untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium MBPJ Kelana Jaya di sini malam ini. Hujan petang telah menyebabkan kesesakan lalulintas akan tetapi kebanyakkan hadirin turun dari Stesen LRT Kelana Jaya dan berjalan ke stadium yang berhampiran dengan jalan ke Lapangan Terbang Subang. Diantara yang dijadualkan untuk bercakap dalam perhimpunan malam ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Stadium Kelana Jaya
View from top

Anwar tiba dengan menaiki skuter(gambar) lebih kurang jam 10 malam dan disambut dengan laungan "Kami anak Malaysia. Hadirin yang memakai baju hitam memenuhi padang bola dan tempat duduk stadium. 
-pic from facebook-

Diberitakan, jalan-jalan menghala ke stadium seperti Lebuhraya NKVE masih lagi sesak sehingga kini. Ribuan yang tidak dapat masuk ke stadium, berhimpun diluar untuk menunjukkan solidariti.
Di Rusila, Marang, puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS. Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antara hadirin adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang membuat kejutan untuk menyertai PAS, dua hari selepas Hari Penamaan Calon. 
Anwar dalam ucapannya turut menegaskan, PR akan tetap berjuang untuk menumbangkan rejim “TIDAK SAH” yang dipimpin Najib dan memastikan 30 kerusi yang yang didakwanya ditipu BN akan ditawan kembali. Beliau yang menerima sorakan dan teriakan beserta tiupan vuvuzela daripada penyokong PR sewaktu ketibaannya turut menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menurutnya turut menipu ketika mengendalikan pilihan raya
“Kita tidak akan selesaikan pertarungan ini ... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT,” tegasnya disahut sorakan penyokong PR.
“Ya saya Melayu, saya bangga menjadi Melayu, saya nak tanya Najib, apa masalah Cina pertahankan hak mereka atas nama demokrasi? Apa salahnya bagi orang Melayu, Cina, dan India mempertahankan hak mereka benci dengan rasuah dan kezaliman,” soal Anwar lagi.
-decoration-
 Umpama pesta, mereka yang hadir, majoritinya anak muda dan pertengahan umur turut dilihat memakai kemeja T tertulis GE13 Blackout”, dan “GE13 tidak bersih” sambil meniup vuvuzela sehingga stadium berkenaan bergema. “Warna hitam ini petanda terkuburnya demokrasi oleh rejim Umno dan BN. Mulai Sabtu ini, semua rakyat digalakkan pakai hitam, seluruh hari Sabtu,” kata Anwar. 
-Blackout Tshirt-
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata dalam ucapannya PR tidak akan sesekali mengulangi sejarah tragedi berdarah 13 Mei. “Kita tidak akan ulang peristiwa 13 Mei.
Kita di sini bukan kerana Chinese Tsunami, kami di sini kerana Malaysian Tsunami. Kita di sini tak mengira warna,” katanya lagi. “Malam ini kita menyatakan tidak lagi BN, kalau kita tiada pilihan raya yang bersih, tiada apa lagi untuk kita perjuangkan,” tambah ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi. Majoriti pemimpin PR yang berucap malam tadi turut mendakwa kerajaan yang dibentuk Najib tidak sah kerana penipuan dan ketelusan SPR yang diragui.


Antara mereka yang tampil memberikan ucapan malam itu adalah veteran DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, dan A Samad Said, ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan banyak lagi.

Sasterawan Negara itu turut mendeklamasikan sajak bertajuk “Ibu Segala Tipu” ketika sesi ucapannya. Ceramah yang tamat sekitar jam 11 itu turut menyaksikan kesesakan lalulintas sehingga ke kawasan lebuh raya dengan pengunjung ceramah meletakkan kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki ke stadium. 

Sepanjang jalan ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan turut kelihatan anak-anak muda menaiki motorsikal mengibarkan bendera parti komponen PR, DAP, PAS, dan PKR sambil melaungkan slogan “Ini kalilah”, “Ubah”, dan sebagainya.

-credit to malaysianinsider-
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design